Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai

Translate This Page

Program Gotong -royong Memasak dan Menghias Bubur Asyura Antara Jabatan / Agensi Jajahan Kuala Krai Anjuran Bersama Masjid & Pejabat Tanah & Jajahan

January 21, 2011
Telah dijalankan dengan jayanya pada 14 Sofar 1432 H / 19 Januari 2011 M hari RABU mulai jam 8.00am dan tamat jam  4.30 pm.  Program diadakan di perkarangan Masjid Tengku  Muhammda Faris Petra.  Sebanyak 21 kawah bubur asyura telah diamasak.  Penyertaan 3 daripada masjid sendiri dan 18 penyertan agensi lain, termasuk Pejabat Tanah dan Jajahan, KTMB, PDRM KKrai, Tentera, Hospital Kuala Krai, Pejabat Kesihatan, Agensi Dadah Kebangsaan, Jabatan Hutan, dan Risda.
Supaya lebih meriah dan bersemangat program diadakan dalam bentuk pertandingan.  Antara kriteria yang dihakimi ialah kerjasama sepasukan, keenakan bubur asyura dan hiasan. 
Perasmian Penutup  telah disempurnakan oleh YABrs Ketua Jajahan Kuala Krai, Tn Hj Adnan bin Hussin.  Beliau juga menyampaikan hamper cenderahati kepada semua penyertaan dan hadiah kepada tiga pemenang utama.  Kumpulan Agensi Dadah Kebangsaan, Kuala Krai telah menjadi Johan, tempat kedua dimenangi oleh    .  Manakala Hospital Kuala Krai memenangi tempat ke-3.
 

Ceramah Ma'al Hijrah 1432H

January 5, 2011
Diadakan pada  29 Muharram 1432H / January 3, 2011 selepas solat magrib.  Penceramah jemputan ialah Al-Fadhil Ust Saibon bin Ismail dari JHEAIK.

Continue reading...
 

Majlis Pengisian Tahun Baharu 2011

January 5, 2011
Diadakan pada 26 Muharram 1432H bersamaan  31.12.2010&1 Jan 2011.  Majlis bermula pada jam 10.30 mlm.  Dengan amalan individu.  Seterusnya tahlil.  Tepat jam 11.00 diadakan Solat Tasbih 4 rakaat (2 salam).  Kemudian solat hajat.  Seterusmya program diisi dengan zikir munajat.  Majlis diketuai oleh Al-Fadhil Tuan Imam 1, Ust Baharin Yusof.  Majlis berakhr lebih kurang jam 12.30 malam.  Sebelum bersurai ahli jamaah menikmati jamuan ala kadar. AlhamdulilLah.
...
Continue reading...
 

Majlis Sambutan Hari Asyura 1432 H

January 5, 2011
Didakan pada 10 Muharram 1432 H bersaman 16 Desember  2010.  Bermula dengan majlis tahlil.  Kemudian majls berbuka puasa.  Selepas solat maghrib, diadakan majlis bacaan Yaasiiiiin.  Selepas solat Isyak diadakan Solat Hajat.

Continue reading...
 

Forum Perdana Maal Hijrah 1432H

December 11, 2010

Forum Perdana Maal Hijrah 1432 Hijrah / 2010 Masehi, telah dianjurkan sebagai pengisian Program Ihtifal Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai, telah diadakan pada malam Jumaat  bersamaan 9 disember 2010 di Masjid tengku Muhammad faris Petra, Kuala Krai mulai jam 7.50 malam iaitu selepas solat maghrib berjamaah. Dua orang tokoh ulama' muda masa kini, khususnya di negeri Kelantan, telah dijemput dan didatangkan khas untuk membincangkan tajuk " Konsep Hijratul Rasul Penngajar...


Continue reading...
 

Program Ihtifal Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai.

December 11, 2010

Majlis Ihtifal Masjid Tengku Muhammad Faris petra tersebut telah berlanngsung dengan jayanya pada hari Khamis 3 Muhrram 1432 Hbersamaan 9 Dis 2010 bertempat di Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai.bermula jam 8.30pagi  hingga 10.30 malam

Majlis bermula seperti yang dijadualkan iaitu pendaftaran peserta pertandingan  dan kehadiran tetamu.  Para peserta dan orang ramai telah tiba seawal 8.00 pagi.Menurut urusetia pendaftaran 1000 nombor bertuah yang disediakan tidak mencuku...


Continue reading...
 

Majlis Qurban 1431 H

November 20, 2010
    Majlis tersebut telah dilansungkan dengan jayanya, seperti yang dijadualkan.  Sebanyak 12 ekor lembu telah diqurbankan, termasuk penyertaan ahli jamaah dan sumbangan-sumbangan persendirian.  Majlis tersebut telah  bermula pada jam 10.00 pagi, selepas solat sunat Aidil Adha dan berakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari. Al-Fadhil Tuan Imam 1, Ust Baharin dan Al-Fadhil Tuan Imam 2, Ust Zulkifli yang melakukan penyembelihan qurban itu.
    Untuk melihat suasana persekitaran majlis, pengunjung ...
Continue reading...
 

Majlis Solat Hajat SPM dan STPM 2010

November 12, 2010
    Majlis tersebut AlhamdulilLah telah diadakan pada hari Jumaat malam Sabtu sebentar tadi, iaitu pada tanggal 12 Nov.2010 / 6 Zulhijjah 1431 H.  Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjamaah. Kemudian, diikuti bacaan Yaasiiiiin secara beramai-ramai yakni bacaan serentak .  Tazkirah ringkas disampaikan oleh Tuan Imam, Al Fadhil Ust baharin bin Yusoff (Imam 1) sementara menunggu waktu solat Isya'  Selepas solat Isya', Solat Hajat didirikan untuk memohon ke hadrat AlLah s.w.t, khususnya supaya...
Continue reading...
 

Pengajian Al-Quran dan Tajwid

November 12, 2010
Program ini diadakan setiap dua minggu sekali, pada hari Jumaat.  Selepas mengimamkan solat Subuh, Sheikh Abdul Rahman akan mengajar Al-Quran dan Tajwid. Setiap sesi berlansung lebih kurang 1 jam.  Semasa pengajian beliau akan meminta peserta mengikuti bacaan beliau, membaca seorang demi seorang dan akan ditegur spontan, jika melakukan kesalahan dalam bacaan. Sesi soaljawab juga dibuka, jika ada sebarang kemusykilan. Sesi yang seterusnya akan diadakan pada 26 November 2010, Insya-AlLah.  Jemp...
Continue reading...
 

MAJLIS TADARUS AL-QURAN

November 4, 2010

Kelihatan beberapa orang ahli jamaah masjid yang menyertai program tadarus Al-Quran.  Majlis ini yang diadakan pada setiap hari,  selepas Solat Subuh kecuali hari Jumaat dan Sabtu.  Bacaan dibuat secara bergilir-gilir.  Apabila seorang ahli membaca ayat-ayat suci Al-Quran, ahli-ahli yang lain akan menyemak dan membuat teguran secara langsung jika terdapat sebarang kesalahan dalam bacaannya.  Majlis ini diketuai oleh Hj Che Manaf bin Mat Daud yang bertindak  sebagai Naqib / Guru.  Klip V...
Continue reading...
 

Translate This Page

Categories


Recent Posts