Program ini diadakan setiap dua minggu sekali, pada hari Jumaat.  Selepas mengimamkan solat Subuh, Sheikh Abdul Rahman akan mengajar Al-Quran dan Tajwid. Setiap sesi berlansung lebih kurang 1 jam.  Semasa pengajian beliau akan meminta peserta mengikuti bacaan beliau, membaca seorang demi seorang dan akan ditegur spontan, jika melakukan kesalahan dalam bacaan. Sesi soaljawab juga dibuka, jika ada sebarang kemusykilan. Sesi yang seterusnya akan diadakan pada 26 November 2010, Insya-AlLah.  Jemputlah hadir beramai-mai dan jangan lepaskan peluang keemasan untuk belajar ini.  Insya-AlLah kita semua diberkati.
Maklumat tentang Sheikh Abdul Rahman bin Mu'nis Al-Laithy
Sheikh Abdul Rahman bin Mu'nis Al-Laithy dilahirkan di bandar Maadi, Kaherah, Mesir pada 24hb Jun 1984. Keluarga berasal dari Saudi. Mempunyai nasab keturunan hingga Syaidina Uthman bin Affan R.A. Cucu kepada Sheikh Syed Sabiq, pengarang kitab FiqAs-Sunnah. Graduan dpd Universiti Al-Azhar, Mesir di Fakulti Pertanian. Mendapat sanat dan ijazah Al-Quran & Tajwid dan Imam solat. Menghafal Al-Quran bersama ibu ketika berumur 10 tahun dan semua keluarga menghafal Al-Quran.