Forum Perdana Maal Hijrah 1432 Hijrah / 2010 Masehi, telah dianjurkan sebagai pengisian Program Ihtifal Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai, telah diadakan pada malam Jumaat  bersamaan 9 disember 2010 di Masjid tengku Muhammad faris Petra, Kuala Krai mulai jam 7.50 malam iaitu selepas solat maghrib berjamaah. Dua orang tokoh ulama' muda masa kini, khususnya di negeri Kelantan, telah dijemput dan didatangkan khas untuk membincangkan tajuk " Konsep Hijratul Rasul Penngajaran dan Aplikasinya Masa Kini".  Ahli Panel pertama ialah Al-Fadhil Ust Tuan Sarifuin bin Tuan Ismail dari Pondok Moden Kandis dan ahli panel yang kedua, Al-Fadhi Ust. Fadhli bin Sari, Setiausaha Akhbar YAB Tuan GuruDato' Bentara Setia Hj Nik Abdul aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan. Forum tersebut telah dipengerusikan oleh Al- Fadhil Ust. Zulkarnain bin Che Hussin, Imam 2 Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai.l