Majlis Ihtifal Masjid Tengku Muhammad Faris petra tersebut telah berlanngsung dengan jayanya pada hari Khamis 3 Muhrram 1432 Hbersamaan 9 Dis 2010 bertempat di Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai.bermula jam 8.30pagi  hingga 10.30 malam

Majlis bermula seperti yang dijadualkan iaitu pendaftaran peserta pertandingan  dan kehadiran tetamu.  Para peserta dan orang ramai telah tiba seawal 8.00 pagi.Menurut urusetia pendaftaran 1000 nombor bertuah yang disediakan tidak mencukupi.  Seperti yng dijadualkan setelah proses pendaftaran, khususnya pertandingan mewarna (untuk kanak-kanak 8 tahun ke bawah), pertandingan Azan dan Bacaan dalam Solat serta pertandingan Gubahan Bunga & Sejadah, bermula jam 9.30 pagi.