1. Al-Qur’an mengharamkan daging khinzir.Al-Qur’an
melarang memakan daging khinzir di dalam tidak kurang daripada 4 surah
berlainan. Larangan tersebut terkandung di dalam
2:175,
5:3,
6:145 dan
16:115.
”Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, daging haiwan yang disembelih atas nama selain Allah….” [Al-Maaidah 5:3]Ayat suci Al-Qur’an di atas memadai untuk meyakinkan seorang Islam tentang pengharaman daging khinzir.
2. Daging khinzir dilarang di dalam Bible.
Orang Kristian semestinya yakin dengan kitab agama mereka. Bible melarang pemakanan daging khinzir, did alam buku Leviticus:
”Jangan makan babi.
Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu
tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, jangan sentuh
bangkainya.”
[Leviticus 11:7-8]
Daging khinzir juga dilarang di dalam Bible menurut buku Deuteronomy:
”Jangan makan babi.
Binatang itu haram, kerana walaupun berkuku belah tetapi binatang itu
tidak memamah biak. Jangan makan binatang seperti itu, dan jangan
sentuh bangkainya.”
[Deutoronomy 14:8]
Larangan yang sama juga diulang di dalam Bible, di dalam buku Isaiah Chapter 65, rangkap 2-5.7.
3. Memakan daging khinzir menyebabkan pelbagai penyakit.
Orang bukan Islam yang lain dan ateis akan hanya bersetuju jika
mereka dapat diyakinkan melalui sebab, logik dan sains. Memakan daging
khinzir boleh menybebakan tidak kurang daripada tujuh puluh jenis
penyakit yang pelbagai. Seseorang itu boleh mendapat pelbagai helminthes
seperti cacing bulat, cacing peniti, cacing kerawit dan lain-lain
lagi. Antara yang berbahaya adalah Taenia Solium, iaitu menurut istilah
umum, cacing pita. Ia tersimpan di dalam uus dan sangat panjang.
Ovumnya, iaitu telur memasuki aliran darah dan mampu mencapai hampir ke
semua organ tubuh. Jika ia memasuki otak, boleh mengakibatkan hilang
ingatan. Jika memasuki jantung, boleh menyebabkan serangan jantung,
jika memasuki mata akan menyebabkan buta, jika memasuki hati akan
mengakibaktna kerosakan hati. Ia boleh merosakkan hampir kesemua organ
tubuh.
Satu lagi helminthes adalah Trichura Tichurasis. Tanggapan salah
paling umum mengenai daging khinzir ialah, jika ianya dimasak dengan
betul, ovum-ovum tersebut akan mati. Dalam satu projek penyelidikan yang
dijalankan di Amerika, didapati daripada dua puluh empat orang yang
menghidap Trichura Tichurasis, dua puluh dua telah memasak daging
khinzir tersebut dengan betul. Ini menunjukkan bahawa ovum yang
terkandung di dalam daging khinzir tidak mati pada suhu masakan yang
normal.
4. Khinzir mempunyai bahan pembina lemak.
Daging khinzir mempunyai sangat sedikit bahan membina otot dan
mengandungi lemak berlebihan. Lemak ini tersimpan pada saluran dan boleh
menyebabkan hipertensi (tekanan darah yang terlalu tinggi) dan
serangan jantung. Tidak menghairankan bahawa lebih 50% rakyat Amerika
menghidap hipertensi.
5. Khinzir adalah antara haiwan paling kotor di bumi.
Khinzir hidup dan membiak pada serasah, najis dan kotoran. Ia
merupakan pebangkai terbaik ciptaan Allah (S.W.T.) yang saya tahu. Di
perkampungan India, mereka tidak mempunyai tandas moden dan penduduk
kampung membuang najis di tempat terbuka. Selalunya najis tersebut
dimakan oleh khinzir.
Mungkin ada yang akan berhujah bahawa di negara-negara maju seperti
Australia, khinzir diternak di tempat yang bersih. Sungguhpun kawasan
tersebut bersih, khinzir itu ditempatkan bersama di dalam kandang. Tidak
kira bagaimana anda mencuba menjaga kebersihan khinzir, menurut tabii,
mereka merupakan haiwan yang kotor. Mereka makan dan menikmati najis
mereka sendiri serta najis khinzir lain.
6. Khinzir adalah haiwan paling menjijikkan.
Khinzir merupakan haiwan paling menjijikan di muka bumi ini. Khinzir
satu-satunya haiwan yang merelakan kawan-kawannya mengadakan seks
bersama pasangannya. Di Amerika, kebanyakan orang memakan daging
khinzir. Setiap kali selepas majlis tari menari, mereka akan
bertukar-tukar isteri, dan berkata,” Anda tidur bersama isteri saya dan
saya tidur bersama isteri anda.” Mungkinkah budaya memakan daging
khinzir menggalakkan budaya khinzir. Kami, rakyat India menganggap
Amerika sebagai sebuah negara yang paling maju dan canggih. Apa sahaja
yang mereka lakukan, akan menjadi ikutan beberapa tahun kemudian.
Menurut rencana di dalam majalah Island, amalan bertukar-tukar isteri
telah mula menjadi kebiasaan di kawasan mewah Bombay.