Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai

SEJARAH RINGKAS MASJID

Masjid Tengku Muhammad Faris Petra adalah merupakan Masjid Kepala Jajahan Kuala Krai. Pada asalnya masjid ini adalah ‘Masjid Bandar Kuala Krai’ dengan bangunan lama yang didirikian sejak awal tahun 1938 lagi, yang hanya dapat menampung cuma 300 orang ahli jamaah sahaja.  KIni masjid ini boleh menampung 1500 orang ahl jamaah.

Masjid ini telah didirikan semenjak Tahun 1938 lagi.  Diasaskan oleh Tuan Guru Haji Makhtar.  Arkitek pada masa itu ialah Che Abd Latif b Che Awang Endut bersama-sama tukang-tukang kecil.  Segala kos pembinaan tidak banyak diperolehi daripada sumbangan kerajaan.  Sumber atau dana untuk mendirikan masjid ini adalah berkat sumbangan dan derma orang ramai,  hingga dari Wilayah Pattani, Selatan Thailand. Tapak asal masjid adalah di tapak zoo lama.  Oleh sebab kerap kali dilanda banjir, maka masjid dipindahkan ke tapak masjid yang kita lihat hari ini. (Maklumat ini diperolehi hasil temubual dengan orang lama Kuala Krai, bernama Tuan Hj. Abdullah @ Hamzah bin Hassan berumur  68tahun.  Beliau mendapat maklumat dari bapanya sendiri Hj.Hassan)

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola