Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai

PERUTUSAN IMAM 1

Salam sejahtera muslimin muslimat, ahli qariah Masjid Tengku Muhammad Faris Petra, Kuala Krai.

Maju mundurnya masjid kita ini bukannya tugas orang lain.  Semua ini adalah tugas kita yakni tanggungjawab kita bersama.  Tanpa tuan, puan tidak mungkin saya mampu memikul tanggungjawab seperti yang diutarakan dalam Visi dan Misi Masjid Tengku Muhammad Faris Petra ini. Dalam pepatah Melayu yang berbunyi " Yang Berat Sama Dipikul, Yang Ringan Sama Djinjing".  Apabila kita sentasa bersama-sama dalam apa jua kerja atau aktiviti yang dlakukan tentulah kita akan mendapat hasilnya dan menikmatinya, Insya-AlLah.  Ini bersesuaian dengan pepatah " Hati Gajah Sama dLapah, Hati Kuman Sama dicicah"

Pelbagai aktiviti atau program yang saya rancang bersama-sama dengan Ahli Jawatankuasa Masjid.  Walau bagaimana kemaspun perancangan yang kami buat, tidak akan berjaya tanpa sokongan semua pihak.  Seperkara lagi lagi yang amat penting adalah dana untuk menampung kos sesuatu program.  Suhubungan itu, pelbagai bentuk sumbungan yang kami tagih daripada tuan-puan sekalian.  Bagi yang mampu dari segi kewangan bolehlah menghulurkan sumbangan wang.  Bagi yang tidak mampu dari segi kewangan mungkin boleh memberi sumbangan tenaga, idea dan seumpamanya.

Cuba renungi;

Visi Masjid " Berfungsi sebagai pusat ibadah yang unggul dan boleh dicontohi dari segi pengimarahan dan pembangunan ke arah melahirkan ummah yang bertaqwa dan ber'amal soleh".

Untuk menggapai Visi, beberapa Misi perlu dilaksanakan ;

Mengembalikan fungsi masjd ini sebagaimana fungsi yang dijalankan pada zaman RasululLah / Nabi Muhammad s.a.w

*  Melaksanakan pengurusan masjid yang berkualiti lagi bersistematik bagi merealisasikan penghayatan Islam sebagai Ad-Deen melalui pelbagai aktiviti pengimarahan.

Menjadikan masjid ini sentiasa ceria, yakni bersih, kemas dan cantik untuk memberi keselesaan dan keselamatan kepada para jamaah.

Meletakkan masjid ini sentiasa di hati para jamaah dengan melaksanakan pelbagai program pengimarahan serta tidak meminggirkan soal kebajikan.

Bertanggungjawab kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan (MAIK) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK)

Kesimpulannya, adalah "mustahil" untuk saya selaku Imam 1 dan kakitangan masjid sahaja, mampu untuk mengimarahkan masjid ini. Saya bersyukur kerana ada kumpulan ahli jamaah masjid yang sanggup meluangkan masa menganggotai " Ahli Jawankuasa Urusetia Masjid" berganding bahu bersama-sama dengan saya dan kakitangan masjid merangka, merancang program serta melaksanakannya. (Setelah mendapat persetujuan AJK Induk Masjid yang dilantik).  Semoga apa yang kita sasarkan dengan pelbagai langkah dan matlamat, segala usaha kita tidak sia-sia dan mencapai objektifnya.

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

 

 

This free website was made using Yola.

No HTML skills required. Build your website in minutes.

Go to www.yola.com and sign up today!

Make a free website with Yola