Majlis tersebut AlhamdulilLah telah diadakan pada hari Jumaat malam Sabtu sebentar tadi, iaitu pada tanggal 12 Nov.2010 / 6 Zulhijjah 1431 H.  Majlis bermula dengan Solat Maghrib berjamaah. Kemudian, diikuti bacaan Yaasiiiiin secara beramai-ramai yakni bacaan serentak .  Tazkirah ringkas disampaikan oleh Tuan Imam, Al Fadhil Ust baharin bin Yusoff (Imam 1) sementara menunggu waktu solat Isya'  Selepas solat Isya', Solat Hajat didirikan untuk memohon ke hadrat AlLah s.w.t, khususnya supaya anak-anak pelajar SPM & STPM menjadi anak yang soleh dan solehah serta berjaya mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM dan STPM  yang bakal diduduki tidak lama lagi, yakni bermula pada 23 November.
     Kehadiran dianggarkan mencecah 500 orang yakni mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa. Cuma apa yang dikenalpasti, majlis bertambah ramai ketika masuk waktu solat Isya'. Semasa solat maghrib, hanya dua saf, kemudian ketika solat Isya dan Solat Hajat menjadi 5 saf, AlhamdulilLah. Diharapkan dengan majlis-majlis seumpama ini, akan dapat merapatkan orang ramai dengan masjid serta masjid akan bertambah imarah. Insya-AlLah.                      BR /  23.03