Makluman Program Berbuka Puasa 9 dan 10 Muharram & Qiamulail
Masjid Tengku Muhammad Faris Petra akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Muharram pada hari Rabu dan Khamis, 9 dan 10 Muharram 1432H bersamaan 15 dan 16 Disember 2010. Pada pagi Jumaat, 11 Muharram 1432H bersamaan 17 Disember 2010 dianjurkan pula program Qiammulail, bermula jam 3.00 pagi.
Sehubungan itu, kepada umat Islam khusunya ahli jamaah masjid digalakkan agar dapat berpuasa sunat pada 9 Muharram dan 10 Muharram atau setidak-tidaknya berpuasa pada 10 Muharram. Sebaik-baiknya, sesiapa yang berkemampuan lebih afdal berpuasa 9, 10 dan 11 Muharram. Kemudian, semua yang berpuasa dijemput ke masjid untuk berbuka puasa bersama-sama.
Seterusnya pihak masjid menjemput semua bersama-sama hadir pada jam 3.00 pagi hari Jumaat untuk Qiammulail, program yang diimamkan oleh Al-Fadhil Ust Baharin Yusoff, Imam 1 Masjid Tengku Muhammad Faris Petra ini. Semoga dengan program-program seumpama ini dapat mengukuhkan silatul-rahim antara kita, khususnya ahli jamaah dan "membaiki" hati-hati kita dan "mencantikkan" akhlak dan budi pekerti kita. Insya-AlLah.