Seramai 20 orang ahli jamaah tabligh dari Paskitan telah berkunjung ke Kuala Krai.  Pihak Masjid tiada halangan dengan kedatangan mereka dan "menginap" sementra di masjid.  Mereka berada di Masjid selama 4 hari mulai14 hb  hingga 17 Nov 2010 / 10 Zulhijjah (pada Hari Aidil Adha).  Mereka mengadakan beberapa aktiviti seperti tazkirah (selepas solat) jka tiada pengajian khusus masjid. Begitu juga mereka mengadakan program ziarah dari rumah ke rumah, bagi mengimarahkan masjid. Program ini disertai oleh beberapa orang ahli jamaah tempatan.